topbola.net - Berita dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Previu Fantasy Premier League: Minggu 11
Di bawah kendalian Jurgen Klopp, Liverpool adalah pasukan yang mencatatkan jarak larian paling banyak per 90 minit daripada mana-mana pasukan.
Jadi agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Chelsea akan bermain di bawah tekanan gegenpressing Liverpool pada aksi pembukaan EPL pada minggu ini.
Arsenal pula akan bertandang ke halaman Swansea tanpa 2 orang pemain utamanya di sayap kanan. Aaron Ramsey terpaksa berehat sebulan, manakala Alex Oxlade Chamberlain pula 3 minggu.
Kali terakhir Arsenal bermain di Liberty Stadium, mereka kalah 2-1 hasil jaringan Gylfi Sigurdsson dan Bafitimbi Gomis. Walaupun perlawanan itu secara keseluruhannya dikuasai Arsenal.
Kami menjangkakan ada beberapa kejutan akan berlaku pada minggu ini. Jadi kami sertakan beberapa tips untuk mengelak daripada daripada pasukan FPL anda menerima ‘kejutan’ sama.
Penjaga gol
Pilihan: Maarten Stekelenburg (£5.0, Southampton), Hugo Lloris (£5.1, Tottenham Hotspurs)
Southampton sudah gagal mencatatkan clean sheet dalam 5 perlawanan sejak seri 0-0 dengan West Brom lebih sebulan lepas.
Tetapi menentang Bournemouth yang sedang mengalami krisis kecederaan dan keyakinan di halaman sendiri , ini adalah peluang terbaik penjaga gol Southampton, Maarten Stekelenburg untuk mencatat clean sheet ketiganya pada musim ini.
Jika anda mahu alternatif yang lebih menyakinkan, mengapa tidak mencuba Hugo Lloris? Dengan harga yang hampir sama dengan Stekelenburg, Lloris dilindungi oleh salah satu jentera pertahanan yang terbaik di liga.
Spurs baru bolos 8 gol pada musim ini. Sama seperti Man City, Man United dan Arsenal.
Pertahanan
Pilihan: Ramiro Funes Mori (£5.5, Everton), Phil Jones (£5.2, Man United)
Kecederaan 2 bulan Phil Jagielka bermakna Ramiro Funes Mori akan bermula dalam kesebelasan utama Everton. Everton pula tidak akan bertemu dengan 8 pasukan teratas liga selama 10 minggu berturut-turut, bermula minggu ini.
Pada harga sama, anda juga boleh memilih John Stones selain Mori.
Walaupun diketepikan lama kerana kecederaan, Phil Jones kembali dengan membantu Man United mencatat clean sheet ketika menentang Everton dan Man City, di mana Jones juga mengutip 3 mata bonus.
Pada harga £5.2 dan statusnya sebagai partner utama Chris Smalling di Man United, Jones adalah satu kemestian jika anda mahu merombak jentera pertahanan pasukan FPL anda.
Menentang Crystal Palace yang semua golnya dijaringkan oleh pemain tengah mereka, Man United dijangka tidak mempunyai masalah untuk mencatat clean sheet.
Pemain Tengah
Pilihan: Sadio Mane (£7.9, Southampton), Moussa Dembele (£5.3, Tottenham Hotspurs), Kevin de Bruyne (£10.6, Manchester City)
Menentang Bournemouth – jentera pertahanan paling teruk dalam liga – Southampton dijangka tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol.
Dalam 7 penampilannya setakat ini, Sadio Mane sudah terlibat dalam 7 gol Southampton (3 gol, 4 assists).
Sementara itu, Moussa Dembele tampak memanfaatkan kecederaan Nacer Chadli dan Son Heung-Min untuk mendapat peluang bermain di posisi central attacking midfielder.
Minggu lepas Dembele menjaringkan 1 gol. Pada minggu ini, Spurs akan menentang Aston Villa yang masih tiada pengurus di halaman sendiri. Dembele dijangka akan menyerlah.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, Kevin de Bruyne adalah pemain yang perlu anda beli. Dengan ketiadaan David Silva dan Sergio Aguero, de Bruyne adalah match winner untuk City.
Setakat ini de Bruyne sudah menjaringkan 3 gol dan menyumbang 3 assists.
Penyerang
Pilihan: Odion Ighalo (£5.4, Watford), Olivier Giroud (£8.7, Arsenal), Graziano Pelle (£8.4, Southampton)
Selain Jamie Vardy yang MESTI anda miliki, Odion Ighalo adalah satu lagi penyerang murah yang boleh anda beli.
Menentang West Ham yang gagal mencatat clean sheet sejak 5 perlawanan liga lepas, Ighalo pastinya mempunyai peluang untuk menambah koleksi 5 gol dan 2 assists beliau.
Swansea menewaskan Arsenal 2 kali (home dan away) pada musim lepas, Bafitimbi Gomis menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Tetapi Swansea hanya mampu mengutip 2 mata daripada 3 perlawanan di Liberty Stadium pada musim ini.
Dengan kecederaan Walcott, Olivier Giroud dijangka akan mengetuai jentera serangan Arsenal. Giroud adalah pemain yang mempunyai nisbah minit bermain per gol paling terbaik dalam liga pada musim ini.
Secara purata, Giroud menjaringkan 1 gol setiap 88.8 minit.
Graziano Pelle mungkin baru menjaringkan 5 gol pada musim ini, tetapi beliau adalah pemain yang paling banyak mencatatkan rembatan ke arah gol dalam liga, iaitu 36 rembatan (tak termasuk blocked shots).
Ini bermakna Pelle mempunyai peluang untuk menjaringkan gol setiap 25 minit. Menentang Bournemouth Ahad nanti, Pelle berpeluang untuk menambah koleksi golnya.
Cadangan kapten: Kevin de Bruyne (Man City), Sadio Mane (Southampton), Christian Eriksen (Tottenham Hotspurs)
The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 11 appeared first on Semuanya BOLA.
Ikuti perkembangan berita bola menarik lainnya di situs topbola.net.Powered by WPeMatico
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.