Ini Pengalaman Kami Mencuba FM2016 Beta Yang Baru Dilancarkan
topbola.net - Berita dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita Ini Pengalaman Kami Mencuba FM2016 Beta Yang Baru Dilancarkan
Football Manager 2016 (FM16) versi beta baru saja dilancarkan pada 29 Oktober 2015 (waktu Malaysia). Jadi kami tak melepaskan peluang untuk mencuba.
Seperti yang kami tulis dalam artikel sebelum ini (klik di sini), FM16 banyak menampilkan pembaharuan.
Mari kita lihat pembaharuan yang dibawa oleh Sports Interactive dalam edisi FM16 kali ini.
1. Avatar pengurus
Antaranya perubahan yang dibawa FM16 adalah kebolehan untuk mencipta avatar anda sendiri. Adakah anda jenis pengurus yang suka pakai baju sejuk seperti Arsene Wenger?
Atau adakah anda jenis pengurus yang sentiasa memakai sut ketika perlawanan seperti Rafa Benitez, Louis van Gaal dan Jose Mourinho?
2. Pemilihan pasukan
Selepas mencipta avatar dan memilih database liga (kami memilih liga England, Sepanyol, Italy, Jerman dan Belanda), anda perlu memilih kelab untuk diurus.
Biasanya kami lebih suka bermula dengan lesen paling rendah dan unemployed. Kemudian, kami akan menyambar sebarang tawaran kerja dari kelab-kelab semi-profesional.
Tetapi untuk tujuan review, kami memilih Arsenal.
3. Attribute terbaru pemain
Untuk pasukan Arsenal, kami paling ingin tahu attribute 3 pemain: Hector Bellerin, Gabriel Paulista dan Francis Coquelin.
Ini kerana dalam FM15, attribute mereka agak rendah dan tak menggambarkan atrribute sebenar mereka (klik galeri di bawah untuk perbesarkan gambar).
Attribute untuk pemain-pemain bintang Arsenal masih tidak banyak berubah daripada FM15.
Cuma kami perasan stamina Mesut Ozil meningkat daripada 12 kepada 14. Finishing Alexis pula meningkat daripada 14 kepada 16.
4. Taktik pasukan
Selepas melihat attribute terbaru pemain-pemain, sudah sampai masanya untuk mencipta taktikal pasukan.
Daripada mencipta taktikal baru, kami mengambil keputusan untuk menyusun taktikal Arsenal berdasarkan taktikal Arsene Wenger ketika ini.
Ini bermakna, Theo Walcott akan bermain sebagai penyerang sambil dibantu Ozil di belakangnya. Aaron Ramsey bermain di kanan. Alexis sebagai inside forward di sebelah kiri.
Manakala Santi Cazorla berpasangan dengan Francis Coquelin di tengah.
Arsenal bermain dengan falsafah fluid football, bermentalitikan attacking (ketika menentang pasukan lemah) dan counter (ketika menentang pasukan kuat).
Arsenal tidak menggunakan winger (melainkan jika Alex Oxlade Chamberlain bermain). Oleh itu, Hector Bellerin dan Nacho Monreal perlu naik dan memberikan keluasan (width) kepada pasukan ketika menyerang.
Kami suka bila FM16 mempunyai penerangan grafik bagi setiap arahan taktikal pasukan. Ini memudahkan pemain baru untuk memahami fungsi setiap taktikal pasukan.
5. Tugas setiap pemain:
Theo Walcott – Walcott bermain seperti advanced forward atau poacher. Tetapi dalam falsafah fluid football, penyerang juga perlu melakukan kerja defensif. Oleh itu kami berikan Walcott tugas sebagai defensive forward (defend).
Alexis Sanchez – tak susah untuk memberi deskripsi tugas Alexis dalam dunia sebenar. Beliau adalah inside forward (attack).
Mesut Ozil – Dalam perlawanan sebenar, Ozil gemar bergerak ke kawasan sayap (moves off channel) untuk membantu mengekalkan penguasaan bola Arsenal. Terutamanya bila Alexis dan Ramsey gemar masuk ke tengah. Attacking midfielder (attack).
Aaron Ramsey – Di kanan, Ramsey tak bermain sebagai winger. Wenger pernah menjelaskan, Ramsey hanya berada di kanan untuk melindungi bek kanan Arsenal. Jadi tugas Ramsey di kanan adalah wide midfielder (attack).
Francis Coquelin – ball winning midfielder (defend)
Santi Cazorla – Kami keliru antara deep-lying midfielder atau roaming playmaker. Tetapi jika dilihat dalam perlawanan sebenar, Cazorla diberi lesen untuk roaming apabila Arsenal menguasai bola. Jadi kami memilih roaming playmaker (support).
Hector Bellerin – Sebagai satu-satunya pemain Arsenal yang mengekalkan width di sebelah kanan, Bellerin perlu menyerang sebagai winger dan bertahan seperti full back. Jadi tugas beliau adalah wing back (attack).
Nacho Monreal – Berbeza dengan Bellerin, Monreal mempunyai sokongan Ozil dan Alexis di sayap kiri. Jadi tugas beliau adalah full back (attack).
Per Mertesacker & Laurent Koscielny – ball-playing defender (stopper & cover)
Petr Cech – sweeper keeper (support).
6. Mencipta rutin pertahanan dan serangan sepakan sudut
Ini satu lagi penambahan yang kami suka.
Dalam FM16 kali ini, anda boleh menyusun kedudukan pemain anda dengan bantuan grafik. Anda hanya perlu drag pemain ke posisi yang mereka perlu pertahankan/serang.
Apa yang lebih menarik lagi, dalam FM16 anda boleh melaksanakan strategi zonal marking + man marking (seperti dalam gambar di bawah) untuk bertahan dalam situasi sepakan sudut.
Sebelum ini dalam FM15, hanya maksimum 2 pemain saja yang boleh bertahan secara zonal.
7. Masa untuk bermain!
Perlawanan pertama kami adalah menentang pasukan simpanan Arsenal. Dan kami cuba mengarahkan Arsenal bermain seperti Arsenal dalam dunia realiti.
Kami tak menekankan aspek penguasaan bola. Sebab itulah kami tak mengarahkan Arsenal supaya retain possession.
Sebaliknya kami mahu bola segera digerakkan ke kawasan final third. Jadi kami menaikkan tempo permainan dan menggalakkan pemain bermain dengan lebih banyak direct passes.
Hasilnya selepas habis separuh masa pertama, kami mendahului 4-0. Ya, kami hanya menentang pasukan simpanan. Tetapi pemain kamia baru 2 hari bermain menggunakan taktikal yang kami reka.
Ramsey dan Walcott masing-masing menjaringkan 2 gol. Malah Ramsey sendiri mendapat 5 shots on target.
Pemain yang paling banyak membuat hantaran adalah Santi Cazorla. Ini bersesuaian dengan statusnya sebagai playmaker tunggal pasukan.
Tetapi apa yang menariknya, dalam separuh masa pertama saja, Cazorla sudah melakukan 9 key passes.
8. Pertukaran separuh masa kedua
Pada separuh masa kedua, kami memasukkan majoriti pemain England untuk melihat kualiti Calum Chambers, Alex Oxlade Chamberlain, Kieran Gibbs dan Alex Iwobi.
Olivier Giroud juga dimasukkan sebagai target man (support). Dengan kemasukan Giroud sebagai target man dan Chamberlain sebagai winger, pasukan kami tampil lebih direct.
Kami kehilangan sedikit ball possession dan kerap hilang bola di kawasan final third, tetapi secara keseluruhannya masih selesa di bahagian pertahanan.
Larian direct Chamberlain akhirnya membuahkan hasil apabila beliau menghasilkan hantaran cantik yang disudahkan oleh Alexis.
9. Analisis perlawanan dengan ProZone
Ini adalah satu lagi penambahan yang dialu-alukan oleh peminat statistik bola sepak seperti kami.
Dengan ProZone, kami dapat menganalisis keberkesanan taktikal pasukan, kebolehan pemain, kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.
Sebagai contoh, daripada analisis ProZone kami mendapati majoriti percubaan kami dibuat dalam kawasan kotak penalti. Ini sesuatu yang bagus.
Dengan ProZone juga kami mendapati Walcott bermain dengan baik di posisi penyerang.
Alexis pula mampu membuat percubaan tepat ke arah gol apabila keempat-empat percubaannya mengenai sasaran.
Tetapi beliau perlu belajar membuat placing kerana satu golnya dijaringkan apabila beliau membuat placing ke kawasan far post.
10. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan apa yang kami alami ketika bermain FM16.
Walaupun enjin 3D perlawanan masih lagi di takuk lama, bantuan grafik untuk arahan taktikal pasukan dan pemain adalah penambahan yang bagus, terutamanya kepada pemain baru.
Penambahan ProZone juga membolehkan anda merasai sendiri pengalaman menjadi jurulatih bola sepak sebenar. Malah ia boleh menjadi penentu aras sama ada taktikal/pemain anda bagus atau tidak.
Baca juga: 7 Sebab Football Manager 2016 Lebih Hebat Daripada Football Manager 2015
--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)