5 Detik Penting Yang Membawa JDT Ke Final Piala AFC 2015

5 Detik Penting Yang Membawa JDT Ke Final Piala AFC 2015

topbola.net - Berita dan Prediksi sepakbola terkini seputar kejadian dan info terhangat dari lapangan hijau akan mencoba berbagi berita 5 Detik Penting Yang Membawa JDT Ke Final Piala AFC 2015

Artikel ini dibawakan oleh TV9. Jangan lupa saksikan perlawanan final Piala AFC 2015 antara FC Istiklol vs JDT secara langsung pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) jam 7.30 malam di TV9.

Perjalanan JDT ke final Piala AFC 2015 bukanlah mudah. Itu satu hakikat yang perlu diterima oleh penyokong bola sepak tempatan.

Walau banyak mana pun duit yang dilaburkan kepada pengurusan JDT, jika barisan staf dan pemain mereka tidak memberikan mutu kerja dan persembahan 100%, JDT tetap tidak akan dapat membeli tempat ke final.

Dalam artikel ini, kami mengimbas 5 detik penting yang mempunyai signikan dalam laluan JDT ke final Piala AFC 2015.

1. Kemenangan 1-0 vs East Bengal FC (peringkat kumpulan)

11165936_10206924563339313_1377624701_n

Sebelum perlawanan menentang East Bengal FC, skuad kendalian Bojan Hodak sudah mencatatkan 3 kemenangan dan hanya kalah sekali dalam 4 perlawanan kumpulan F.

Bagaimanapun prestasi domestik Hodak di Liga Super agak berbeza. Daripada 9 perlawanan, JDT hanya mampu menang 4 perlawanan untuk sekadar menduduki tangga ke-4 liga. JDT juga terkandas dalam saingan Piala FA.

Apabila JDT kalah mengejut 1-2 ketika menentang Perak dalam saingan liga di Ipoh, pengurusan JDT memutuskan mereka memerlukan perubahan. Bojan Hodak direhatkan.

Khabar angin kuat bertiup mengatakan ketua jurulatih South China yang juga sedang bersaing dalam Piala AFC 2015, Mario Gomez bakal dibawa masuk untuk menggantikan Hodak.

Tetapi beliau hanya akan tiba di Johor pada hari Jumaat, 1 Mei 2015. Ini bermakna seseorang perlu ‘menjaga’ JDT buat seketika sementara Mario Gomez tiba.

Dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) memutuskan orang tersebut adalah Ismail Ibrahim.

Tugas pertama Ismail Ibrahim adalah mempersiapkan JDT menjelang perlawanan ke-5 kumpulan menentang East Bengal FC. JDT perlu menang untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan F.

Tidak cukup dengan perjalanan sejauh 4,700 km, anak buah Ismail Ibrahim duji bermain di bawah hujan lebat yang dipanggil Kal Baisakhi oleh penduduk tempatan pula.

JDT menang 1-0 hasil jaringan Amri Yahyah. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan JDT sebagai pendahulu kumpulan F. Tanpa kemenangan ini, JDT berisiko bertemu lawan yang lebih kuat dalam pusingan seterusnya.

2. Penampilan cameo Jorge Pereyra Diaz vs Ayeyawady United (pusingan 16 pasukan terakhir)

jdt_ayeyawady_r16_8x4

Meskipun Jorge Pereyra Diaz pernah meninggalkan JDT buat sementara, agak mudah untuk kita faham mengapa TMJ sentiasa menerima kepulangannya dengan hati terbuka.

Kelas permainan Diaz sememangnya berada di satu tahap tinggi berbanding pemain Asia Tenggara lain. Apabila Diaz bermain, beliau membuatkan permainan rakan-rakan sepasukannya menjadi bagus.

Tempo hantaran JDT di kawasan middle third menjadi laju.

Kelicikan dan skilnya di tengah membuatkan pertahanan Ayeyawady tertarik kepadanya, sekaligus membuka ruang kepada Luciano Figueroa dan Safiq Rahim – 2 lagi bintang pada perlawanan malam itu.

Dalam perlawanan itu saja, Diaz menjaringkan 2 gol dan menyumbang 2 assists.

3. Kemenangan 3-1 vs South China (perlawanan kedua suku akhir)

luciano-figueroa-red-card

Perlawanan ini sangat signifikan dalam perjalanan JDT ke final.

Bukan saja kerana Mario Gomez akan kembali ke stadium dan kelab yang ditinggalkannya untuk ke JDT, malah beliau perlu menang selepas perlawanan pertama di Larkin berakhir dengan seri 1-1.

Sebagai jurulatih yang mengagungkan konsep puntito inteligente atau ‘seri 0-0 adalah lebih baik daripada kalah’, Gomez perlu mengabaikan mentaliti defensifnya dan perlu menyerang.

JDT bermula dengan baik apabila mendahului 2-1 ketika perlawanan baru berusia 30 minit.

Bagaimanapun kad merah yang diterima Luciano Figueroa 6 minit kemudian mengancam kelebihan gol JDT. Ketika inilah falsafah bola sepak defensif Gomez memainkan peranan.

JDT mula berkampung dengan 9 pemain di belakang bola pada setiap masa.

Bek kiri, Fazly Mazlan mungkin pemain baru skuad senior JDT. Tetapi aksi cemerlangnya menenggelamkan persembahan Mahama Awal, ayam tambatan import South China.

Di sayap kiri, Leandro Velazquez tiada masalah untuk membentuk persefahaman yang baik dengan pemain lain sejak dinaikkan dari skuad JDT II.

Izham Tarmizi pula cemerlang menghampakan rangkaian 3 penyerang South China.

Bukan aksi refleks beliau saja yang boleh dipuji, malah beliau sentiasa berkomunikasi dengan Marcos Antonio dan Aidil Zafuan untuk membentuk benteng yang kukuh.

Sedang South China sibuk menyerang, Safee Sali memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menambah kelebihan gol JDT. Kemenangan 3-1 JDT ini adalah testimoni kekuatan mental pemain JDT.

Square-AFC-Final 720

4. Gol Amri Yahyah vs Al Qadsia SC (perlawanan pertama separuh akhir)

amri-yahyah-qadsia

Menentang juara bertahan di halaman sendiri bukan tugas mudah. Apatah lagi apabila penyerang prolifik anda tak dapat diturunkan.

Selepas menerima kad merah pada suku akhir kedua, Luciano Figueroa digantung 1 perlawanan. Kekuatan mental JDT diuji sekali lagi.

JDT tiada pilihan lain selain bertahan dan mengharapkan keputusan yang positif menjelang separuh akhir kedua di Larkin nanti.

Dari awal lagi, anak buah Mario Gomez nyata mempunyai masalah untuk menandingi kelebihan fizikal pemain Al Qadsia. Mereka bergelut untuk menang first ball terutamanya dari sepakan sudut Al Qadsia.

Jentera serangan yang diketuai Safee Sali bergelut untuk membawa bola melepasi sistem pressing Al Qadsia.

Bagaimanapun apabila Fazly Mazlan, Gary Steven dan Leandro Velazquez bertukar-tukar hantaran pendek di sebelah kiri pada minit 81′, JDT berjaya melepasi sistem pressing Al Qadsia.

Velazquez kemudiannya menjumpai ruang untuk melepaskan hantaran ke laluan larian Amri Yahyah di sebelah kiri.

Kelajuan hantaran Velazquez sangat baik sehinggakan Amri hanya perlu mengambil 1 sentuhan untuk menyungkit bola melepasi penjaga gol Al Qadsia.

Ia adalah gol cantik dan penting bagi JDT. Dengan 1 gol di tempat lawan, JDT perlu menang 2-0 di Larkin.

Dan semua orang tahu, JDT tak pernah kalah di Larkin. Menang 2-0 di Larkin bukan kerja mustahil.

5. Kuwait FA digantung oleh FIFA

102015-Soccer-Kuwaiti-Football-Association-PI-SW.vresize.1200.675.high.44

4 hari menjelang separuh akhir kedua di Larkin, FIFA menggantung Kuwait FA daripada sebarang aktiviti bola sepak anjuran FIFA dan AFC.

Ini berikutan perlaksanaan undang-undang baru kerajaan Kuwait yang mengancam autonomi dan kebebasan Kuwait FA.

Penggantungan ini sekaligus menyebabkan penyertaan 2 kelab Kuwait dalam separuh akhir Piala AFC 2015, Al Qadsia dan Kuwait SC dibatalkan. JDT dan FC Istiklol layak ke final secara automatik.

Keputusan ini sudah pastilah menggembirakan JDT dan penyokongnya. Tetapi JDT tidak boleh dianggap sebagai ‘bernasib baik’ kerana mereka sememangnya layak ke final.

Selepas keputusan 3-1 di Kuwait, JDT masih mempunyai peluang untuk ke final berbanding FC Istiklol yang dibelasah 4-0 oleh Kuwait SC. JDT mempunyai 1 gol di tempat lawan dan mereka belum pernah kalah di Larkin sejak 2013.

Malah penyokong mereka sendiri mahukan perlawanan separuh akhir kedua ini berjalan seperti biasa. Bagi mereka jika JDT layak ke final, biarlah berdasarkan keputusan di padang.

Petang ini FIFA bakal menentukan nasib JDT & Al Qadsia dalam separuh akhir Piala AFC. Sekiranya Kuwait FA digantung ,…

Posted by Empayar Darul Takzim – EDT on Wednesday, October 14, 2015

Mentaliti penyokong sebeginilah yang bakal memajukan bola sepak tempatan.

Saksikan perlawanan final Piala AFC 2015 antara FC Istiklol vs JDT secara langsung pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) jam 7.30 malam di TV9 atau secara online di Tonton.

The post 5 Detik Penting Yang Membawa JDT Ke Final Piala AFC 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Ikuti perkembangan berita bola menarik lainnya di situs topbola.net.

Powered by WPeMatico


--
This message has been scanned for viruses and dangerous content by
E.F.A. Project, and is believed to be clean.